This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 21 January 2013

Perpindahan Blog Debak95500

Tarikh: 21 Januari 2013

Assalammualaikum.......

Alhamdulillah, akhirnya software untuk laman web Debak 95500 telah siap sepenuhnya, tetapi belum diletakkan dalam folder yang sepatutnya kerana menunggu grafik bergambar dari pakar Grafik debak....

Admin belum menghubungi beliau lagi kerana kesibukan tugas. In shaa Allah, dalam minggu ini admin akan menghubungi beliau untuk membincangkan tentang projek grafik untuk laman web.

Memandangkan Laman Web Debak akan dilancarkan tak lama lagi, makanya blog ini akan dipindahkan ke dalam dominan debaksaribas. Oleh itu, dalam beberapa hari lagi, blog ini akan dipadamkan dan dipindahkan ke dominan sendiri.

Sehingga perpindahan dominan tersebut selesai, blog ini akan digunakan sementara waktu dan pengumuman akan dibuat di Laman page Debak95500.

Admin - tak yah nak guna dominan orang lain kan...... huhu :)

Penemuan Mayat Tanpa Kepala [18SG]

Tarikh: 21 Januari 2013

Assalammualaikum... Apo bito urang kito dimeno nun... ado berito baru dapat aku dengar dari page kito nun.

Debak, 21 Jan, Isnin - Admin baru sahaja membuka akaun facebook dan melihat Page Debak 95500. Kelihatan satu berita terkini di Debak.

Menurut rakan fb dalam Page Debak 95500, terdapat penemuan mayat tanpa kepala yang dipercayai wanita di Simpang Debak. Dalam postnya tersebut yang baru sahaja 1 jam dipostkan (ketika artikel ini dibuat), mengatakan adakah benar penemuan mayat tersebut.

Namun, berita ini masih menunggu kesahihan kebenaran terhadap berita ini.

Kepada pembaca-pembaca blog ini, sila awasi ahli keluarga anda setiap masa kerana sekarang ini banyak berlakunya kejadian-kejadian jenayah seperti culik, rogol dan bunuh.

Jika terdapat berita terkini tentang berita ini, admin akan update ke dalam entri ini.

Admin~takut juga kalau-kalau ahli keluarga admin di Debak berlaku macam ni.... harap-haraplah....... aminnnnn

Friday, 18 January 2013

Dalam Pembinaan.... Lama lagi tak?

Tarikh: 18 Januari 2013

Assalammualaikum....
Salam Kerahmatan untuk warga Debak..

Admin minta maaf sangat-sangat kepada warga debak sekalian kerana laman web Debak belum siap sepenuhnya.

Pihak pentadbiran Laman web masih lagi mengatur strategi untuk membina laman web tersebut kerana pelbagai aspek yang perlu diteliti untuk menghasilkan laman web tersebut seperti Sejarah Debak, Sejarah setiap kampung, aktiviti warga debak setiap hari, program-program yng dianjurkan di Debak khususnya serta gambar-gambar yang berkaitan.

Oleh itu, admin berharap agar warga Debak dapat bersabar seketika waktu dalam proses membina laman web tersebut.


Admin ~ sibuk dengan penugasan seharian.... hurmmmm.... aptb..........

Monday, 14 January 2013

Dan Akhirnya....... (U)

bertarikh: 14 Januari 2012.

Assalammualaikum sahabat sekalian......

Artikel sebelum ini, admin ada menyatakan bahawa admin akan buat laman sesawang untuk Debak....

Jawapannya:

Alhamdulillah......Telahpun diwujudkan.

Admin telah mengujudkan satu dominan khas untuk Debak. Dengan harga RM60, maka terciptalah satu laman web khas untuk Warga Debak untuk tontonan umum...

Tapi masalahnya, Laman web tersebut masih belum disiapkan sepenuhnya kerana kekangan masa yang terhad makanya admin tidak sempat untuk menyiapkan laman tersebut.

Tapi, jangan risau. Admin telah menguwudkan satu laman khas untuk warga Debak iaitu Forum Komuniti Bangsa Debak yang telah disiapkan sepenuhnya semalam. Semua Warga Debak boleh menyertai forum tersebut.

Sila klik DISINI untuk mendaftar dan melihat laman forum tersebut dan seterusnya mendaftar ya!!

Cuma, bila anda dah berdaftar Admin minta anda post di page Facebook Debak 95500 seperti ini:

"Forum Komuniti kita: Saya (nama yang anda gunakan dalam pendaftaran forum tersebut) telah berdaftar!!!"

Supaya admin akan melihat anda telah berdaftar dan seterusnya admin akan Approve penyertaan tersebut kerana forum tersebut hanya untuk warga DEBAK sahaja.

Disini, Admin minta supaya Mc'Din Apple hubungi admin untuk membincangkan beberapa perkara untuk laman web ini.

Admin ~ Best......... ada laman web sendiri!!!!!!!!

Saturday, 12 January 2013

Sementara Waktu..... Berubah... (Versi Bahasa Debak)

Assalammualaikum.... Salam untuk Bangsa Debak..

Teringin juak nak makey dominan dikpun.. sik kan la nak makey dominan blogger ataupun wordpress.... nak urang mpun yo... tapi adokah usaha admin tuk disokong oleh bangso admin mpun.... semo template laman yo biar admin polah ae.... iboh gago nak minta bantuan dari luar pakey mbolah template dominan yo.... urang debak dah pendey semo.... yo kito iboh nak makey nak pendei urang luar........

Banyak cadangan admin tuk sena ae... Antaro ae:

1) Polah internet radio
2) Polah sigey laman komuniti untuk bangso debak
3)..........

tapi masalah ae... KOS... sapo maok bantu admin lam hai tuk? sik banyak pun RM60 jak..... jadi la makey molah bendo yo semo.... janji ado.... takut-takut geng sik maok lak.... apo-apopun, admin terpakso juak mintak pendapat dari bangso Debak....

admin ~ best..... best..... best.......

Friday, 11 January 2013

Apakah Motif Beliau? [ 13 SX ]

Assalammualaikum Bangsaku Warga Debak.....

Entri sebelum ini, admin ada menyatakan bahawa Debak telah bergegar. Ya.. Debak telah bergegar oleh seorang hamba Allah ini yang menulis Entri yang tidak baik mengenai Debak. Tapi persoalannya, apakah motif beliau cuba menulis entri yang boleh mencetuskan satu perasaan kurang senang dalam blognya mahupun dalam akaun facebooknya.

Makluman Dan Amaran!!!
sebarang kandungan artikel dalam Entri ini boleh mencetuskan perasaan luar jangka. Oleh itu, admin minta kepada pembaca supaya membaca Entri ini sehingga tamat. Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas "silap maksud" Entri ini oleh pembaca. 

Entri yang bertajuk "..... dan aku sedar" bertarikh 23 Jun 2012 ini ditulis oleh hamba allah ini telahpun mencetuskan kemarahan warga bangsa Debak. Sila lihat gambar ini yang ditulis oleh Hamba Allah ini yang bertugas sebagai Pendidik di sebuah sekolah di pekan Debak.
Kenyataan Entri Beliau (sila klik pada gambar untuk besarkan)

Dalam Para 2, penulis ini menyatakan:
"Disini keadaannya sangat berlainan..... Dengan keadaan kampung....... aku rasa aku kembali ke zaman 70-an lagi.... lagi-lagi bila aku ke pasar pagi ahad..... keadaannya tak ubah seperti zaman merdeka dulu (aku agak je la melalui gambar dan TV.. hehehe). Dengan keadaan orang kampung yang minum2 di kedai kopi... sama seperti dalam cerita P.Ramlee. Tak ubah langsung."
Dalam Para 3, penulis menulis begini:
Dan sampai sekarang aku masih tertekan dengan keadaan disini yang digelar dengan DeadTown kerana pada waktu malamnya tiada perniagaan dijalankan dan aku sangat susah untuk membiasakan diri seperti aku dah biasa berada di bandar metropolitan KL.. apalagi nak shopping pakaian... mall langsung tiada... terpaksalah aku shopping di bandar kuching yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dengan menaiki van dengan bayaran RM35 dan ianya agak mahal bagi kerana aku biasa ulang-alik JB-KL. harga tiket bas RM31 yang melalui HIGHWAY dan agak selesa berbanding jalan disini
Dalam Para 2 ini, admin tak faham mengapa BELIAU menyamakan Pekan Debak seperti zaman merdeka? Seolah-olah Pekan Debak tidak ada kemajuan seperti bandar-bandar lain? Juga menyamakan DAERAH Debak dengan BANDAR METROPOLITAN Kuala Lumpur.

Manakala pada Para 3, mengapa Beliau menyatakan Debak sebagai DeadTown (Pekan Mati) pada waktu malam? dan Beliau mengeluh dengan bayaran RM35 dengan jalan yang tidak selesa?

Admin ingin mempersoalkan disini.... mengapa Bangsa Debak boleh ulang-alik dari Debak ke Kuching dengan bayaran 2 kali ganda (RM70) tanpa rasa mengeluh dan mengapa juga Beliau mengatakan bahawa Debak bagai DeadTown pada waktu malam? seolah-olah beliau memerhati debak dari satu aspek, bukan dari semua aspek. Cuba beliau bersiar-siar dari Kampung Lalang, Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Debak Laut.

Malahan, Dalam akaun FBnya menyatakan seolah-oleh Debak ini sebagai HUTAN!!!!!!!!!!!! termasuk "mengeluarkan Sarawak dari Malaysia".(yang ni admin tak dapat gambar lagi)

Namun begitu, beliau seperti dalam akaun FBnya telah memohon maaf kepada semua Warga Bangsa Debak dan menyatakan apa yang berlaku. Sila lihat gambar ini.
Kenyataan Maaf dari beliau.

Salah seorang warga Debak yang bertugas sama seperti beliau telah menulis tentang apa yang di alaminya di tempat yang lebih tidak selesa berbanding beliau:
Luahan hati seorang warga Debak

Apa-apapun, jangan kita cuba mempersoalkan atau memperlekehkan sesuatu kawasan atau petempatan yang kita sendiri tidak mengenali sesuatu kawasan atau petempatan tersebut... lebih-lebih lagi pantang larang yang ada dalam sesuatu petempatan atau kawasan. Cuba pelajari adat dan budaya dinegeri orang

Warga Debak hanya menunggu keputusan dari pihak atasan tempat beliau bertugas dan berharap agar keputusan tersebut dapat memuaskan hati penduduk Debak yang bermaruah!!!...

Admin ~ jangan tengok je Tarian "Oppa Gangnam Style"... kena lihat juga gaya "Debak Ganyang Style" oleh Saudara Manggang Hero Debak........

Makluman: Admin terpaksa meng"hitam"kan beberapa frasa seperti nama untuk mengelakkan daripada apa jua kejadian luar jangka. Harap Maklum

Thursday, 10 January 2013

Debak Bergegar!!!!!!! [18 SX ]

Assalammualaikum...

Hari ini admin ada kelapangan untuk membuat blog untuk tanah air admin, Debak (Saribas). Kadang-kadang dari kesibukan tugas, maka terbantutlah niat untuk membuat blog untuk tanah air sendiri. Kan.

Tapi, beberapa hari lepas, Debak telah bergegar dengan komen seorang hamba allah ini yang boleh dikatakan menghina atau mencerca Debak dalam Facebook dan Laman Blognya. Sekarang ini masih hangat lagi diperkatakan tentang hamba allah ini oleh masyarakat Debak tentang beliau di laman Page FB Debak....

In Shaa Allah, kalau ada masa terluang, admin akan menyiarkan artikel mengenai berita ini....


Darah Pahlawan Pantang Dicabar!!!

Darah Perwira Bangsa Debak - Bujang Senang

Assalammualaikum.........
Blog ini dibuat untuk anak-anak Bangsa Debak yang berada di luar debak bagi memastikan bahawa mereka dapat berita semasa dari Debak walaupun mereka jauh dari tanah air mereka selain dari PAGE FB "Debak 95500"

Selain itu juga, mereka boleh berhubung sesama sendiri walaupun menggunakan medium lain seperti Facebook.

Bangsa Debak Bangsa Bermaruah,
Kami Bangsa Debak, Darah Pahlawan Bujang Senang!!