Assalammualaikum...
Mungkin ada sesetengah orang tidak memahami tajuk pos ini yang merupakan salah satu Bahasa Sarawak iaitu Dialek Melayu Saribas - Debak. Maksudnya dalam Bahasa Melayu, "Tiada Tempat Lain Macam Tempat Kita Ini".
Dan Mengapa Admin tidak menyatakan Bahasa Melayu Sarawak? Kerana kita sering menyatakan bahawa setiap negeri ada bahasanya tersendiri.
Tetapi apa yang amat ditekankan Admin disini adalah mengapa Orang Semenanjung selalu mengata, mengeji dan mencerca tentang keadaan Negeri Sarawak (Maaflah, bukan niat Admin nak menunjukkan sikap kenegerian disini). Bukan semua Orang Semenanjung seperti itu, hanya segelintir sahaja yang bersikap "kenegerian" ini. DIINGATKAN - hanya SEGELINTIR sahaja... bukan SEMUA....
Disini, admin akan menghuraikan tentang perkara ini. Tetapi Admin berharap agar tiada yang salah faham. Admin mohon pembaca supaya memandang perkara ini dari sudut positif.
Soalan (S): Kenapa Sarawak tak pakai LRT (Light Railway Transit)
Jawapan (J): sebab kalau pakai LRT tidak juga digunakan sebab majoriti orang-orang Sarawak majoriti memakai Kereta /Motosikal. Kurang-kurang pun pakai Viva. apa lagi nak pakai LRT... tak percaya? boleh tengok kat kampung-kampung di Sarawak. Majoritinya setiap rumah mempunyai sebijik kereta. Lagi... tengok kat trafik light di Sarawak... penuh dengan kereta kan?
(S): Kenapa Sarawak tiada Shopping Complex besar-besar macam Times Square, 1Utama, Sunway Piramid?
(J): sebab orang nak melancong ke Sarawak nak tengok Hutan, panjat gunung, nak tengok ORG UTAN, dan banyak lagi, bukan nak tengok bangunan-bangunan. Kalau nak tengok, lebih baik diorang tengok kat tempat diorang. Tempat diorang lagi POWER-POWER punya bangunan.
(S): Betul ke Orang Sarawak tinggal atas pokok?
(J): BETUL!!!!! tapi itu bukan orang... tapi ORANG UTAN... bulu ORANG UTAN coklat jingga perang, bulu manusia warna hitam.. mesti tahu nak beza.... jangan jadi orang tak de otak nak bezakan benda tu..!!!...
(S):SARAWAK ada Highway?
(J): OMG.....OMG....OMG.... mesti jalan jem.... bagus la tiada highway... NO HIGHWAY NO TOL....tak de la kami nak bazir duit semata-mata nak lalu jalan.... duit tol pergi kerja RM1.20. Try kumpul dalam masa sebulan dapatlah dalam RM72 dah boleh bayar ASTRO....Ada Highway kat sana pun jem jugak... sia-sia lah bayar tol... WHO SMARTEST? hahahahaha
(S): Dengar-dengar SARAWAK selalu BLACK OUT?
(J): YA!!!!!! tak jugak kami jakun nak celebrate EARTH HOUR setiap 31 Mac tiap-tiap tahun sebab kadang-kadang selalu black out... bagus juga jimat duit hujung bulan... (ayat tambah untuk DEBAK) sebab itu lah keluarnya slogan "SIK DO MENO LAIN UPO MENO KITO TUK".... ko ada?
(S): apa yang bagus sangat SARAWAK yang kau bangga-banggakan sangat?
(J): memang Sarawak kuno.. tak ada apa-apa.... Tak da Highway.... KLCC... Menara KL.... Sunway Lagoon... tetapi kami ada KAMPUNG BUDAYA... yang melambangkan kepelbagaian kaum di SARAWAK... yang kaumnya hidup bersatu padu walaupun berbeza adat kepercayaan.... kami tak bangga pun nak ada bangunan sebab hasil petroleum..., sawit, getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni yang dijadikan MODAL untuk membangunan bangunan disana.....(ayat untuk orang DEBAK)kami ada slogan "SIK DO MENO LAIN UPO MENO KITO TUK"... lu ada ke bro?
P/S: untuk apa kita berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil dari usaha orang lain. Proud to Be SARAWAKIAN.....
sumber: Wechat Admin.....
Ini bukan niat admin nak merencanakan artikel ini bagi tujuan yang negatif sehingga mendatangkan pemikiran yang tidak senang dikalangan orang sana...
Kalau ada terasa tu, mintak maaf banyak2 ye.....
Admin ~ Black Out jap tadi... tu yang lambat nak publish artikel ni.....
Saturday, 11 January 2014
Home »
» [ BAHASA ] SIK DO MENO LAIN UPO MENO HITO TUK [PANAS]
0 comment on this post:
Post a Comment