![]() |
Ini Kuda Putih |
Jika anda melihat gambar di atas, mungkin anda teringat satu iklan di televisyen ketika dulu... Ya, di mana di satu tempat pembidaan barang antik... dia telah mendapat satu mesej dari pusat yang menyatakan bahawa di dalamnya satu benda itu terdapat cip komputer yang amat berharga. Dia seterusnya mendapat mesej untuk membida cip tersebut dengan harga RM6.5juta. Tidak semena-mena dia terus menyebut "Enam Setengah.... Enam Setengah.....". Seterusnya pembida terus beritahu kepadanya dengan menyebut "Kuda Hitam!!!!".. Hahahahahaha.....
Gambar di atas hanyalah gambar hiasan saja. Gambar ini admin dapat daripada sebuah kedai kawan admin, yang mendapat tempahan untuk membuat kuda ini dari polistrena sempena Tahun Baharu Cina.... Admin tanpa berlengah-lengah terus mengambil gambar ini...
Di sini, admin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua Warga Debak dan seterusnya kalian semua. Semoga Tahun ini kita akan mendapat rezeki yang melimpah ruah sempena Tahun Kuda......
Admin ~ Enam Setengah.... Enam Setengah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
0 comment on this post:
Post a Comment