Entri sebelum ini, admin ada menyatakan bahawa Debak telah bergegar. Ya.. Debak telah bergegar oleh seorang hamba Allah ini yang menulis Entri yang tidak baik mengenai Debak. Tapi persoalannya, apakah motif beliau cuba menulis entri yang boleh mencetuskan satu perasaan kurang senang dalam blognya mahupun dalam akaun facebooknya.
Makluman Dan Amaran!!!
sebarang kandungan artikel dalam Entri ini boleh mencetuskan perasaan luar jangka. Oleh itu, admin minta kepada pembaca supaya membaca Entri ini sehingga tamat. Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas "silap maksud" Entri ini oleh pembaca.
Entri yang bertajuk "..... dan aku sedar" bertarikh 23 Jun 2012 ini ditulis oleh hamba allah ini telahpun mencetuskan kemarahan warga bangsa Debak. Sila lihat gambar ini yang ditulis oleh Hamba Allah ini yang bertugas sebagai Pendidik di sebuah sekolah di pekan Debak.
![]() |
Kenyataan Entri Beliau (sila klik pada gambar untuk besarkan) |
Dalam Para 2, penulis ini menyatakan:
Dalam Para 3, penulis menulis begini:"Disini keadaannya sangat berlainan..... Dengan keadaan kampung....... aku rasa aku kembali ke zaman 70-an lagi.... lagi-lagi bila aku ke pasar pagi ahad..... keadaannya tak ubah seperti zaman merdeka dulu (aku agak je la melalui gambar dan TV.. hehehe). Dengan keadaan orang kampung yang minum2 di kedai kopi... sama seperti dalam cerita P.Ramlee. Tak ubah langsung."
Dalam Para 2 ini, admin tak faham mengapa BELIAU menyamakan Pekan Debak seperti zaman merdeka? Seolah-olah Pekan Debak tidak ada kemajuan seperti bandar-bandar lain? Juga menyamakan DAERAH Debak dengan BANDAR METROPOLITAN Kuala Lumpur.Dan sampai sekarang aku masih tertekan dengan keadaan disini yang digelar dengan DeadTown kerana pada waktu malamnya tiada perniagaan dijalankan dan aku sangat susah untuk membiasakan diri seperti aku dah biasa berada di bandar metropolitan KL.. apalagi nak shopping pakaian... mall langsung tiada... terpaksalah aku shopping di bandar kuching yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dengan menaiki van dengan bayaran RM35 dan ianya agak mahal bagi kerana aku biasa ulang-alik JB-KL. harga tiket bas RM31 yang melalui HIGHWAY dan agak selesa berbanding jalan disini
Manakala pada Para 3, mengapa Beliau menyatakan Debak sebagai DeadTown (Pekan Mati) pada waktu malam? dan Beliau mengeluh dengan bayaran RM35 dengan jalan yang tidak selesa?
Admin ingin mempersoalkan disini.... mengapa Bangsa Debak boleh ulang-alik dari Debak ke Kuching dengan bayaran 2 kali ganda (RM70) tanpa rasa mengeluh dan mengapa juga Beliau mengatakan bahawa Debak bagai DeadTown pada waktu malam? seolah-olah beliau memerhati debak dari satu aspek, bukan dari semua aspek. Cuba beliau bersiar-siar dari Kampung Lalang, Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Debak Laut.
Malahan, Dalam akaun FBnya menyatakan seolah-oleh Debak ini sebagai HUTAN!!!!!!!!!!!! termasuk "mengeluarkan Sarawak dari Malaysia".(yang ni admin tak dapat gambar lagi)
Namun begitu, beliau seperti dalam akaun FBnya telah memohon maaf kepada semua Warga Bangsa Debak dan menyatakan apa yang berlaku. Sila lihat gambar ini.
Kenyataan Maaf dari beliau. |
Salah seorang warga Debak yang bertugas sama seperti beliau telah menulis tentang apa yang di alaminya di tempat yang lebih tidak selesa berbanding beliau:
Luahan hati seorang warga Debak |
Apa-apapun, jangan kita cuba mempersoalkan atau memperlekehkan sesuatu kawasan atau petempatan yang kita sendiri tidak mengenali sesuatu kawasan atau petempatan tersebut... lebih-lebih lagi pantang larang yang ada dalam sesuatu petempatan atau kawasan. Cuba pelajari adat dan budaya dinegeri orang
Warga Debak hanya menunggu keputusan dari pihak atasan tempat beliau bertugas dan berharap agar keputusan tersebut dapat memuaskan hati penduduk Debak yang bermaruah!!!...
Admin ~ jangan tengok je Tarian "Oppa Gangnam Style"... kena lihat juga gaya "Debak Ganyang Style" oleh Saudara Manggang Hero Debak........
Makluman: Admin terpaksa meng"hitam"kan beberapa frasa seperti nama untuk mengelakkan daripada apa jua kejadian luar jangka. Harap Maklum
0 comment on this post:
Post a Comment