![]() |
keadaan rumah yang terbakar (gambar dari group debak95500) |
Admin baru sahaja mendapat berita dari source admin di Debak mengatakan bahawa terdapat rumah terbakar di Kampung Bungey. Namun begitu belum ada berita mengenai punca berlakunya kebakaran tersebut.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan menurut maklumat dari penduduk kampung, kebakaran bermula lebih kurang pukul 8.15 malam tadi.
Bomba?
Walaupun mempunyai nilai fasiliti yang banyak seperti Balai Polis, Sekolah dan sebagainya, ketiadaan Balai Bomba yang dibina membantutkan usaha untuk memadamkan api. Bukan nak menyalahkan pihak bomba, tetapi dengan jarak lebih kurang 70 km yang mengambil masa lebih kurang 30 minit salah satu punca kelewatan pihak bomba sampai di lokasi kejadian.
Usaha Memadamkan Api.
Dengan keringat yang tidak seberapa, penduduk kampung khususnya penduduk Kampung Bungey membantu dengan sedaya upaya untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan hos kecil dan baldi (mengikut maklumat fb group).
Cadangan Penduduk.
Dengan keadaan sebegini, pelbagai cadangan yang diutarakan, seperti menubuhkan Pasukan Sukarelawan Bomba untuk menjadi First-Person-On-Location sekiranya berlaku kejadian seperti ini berulang kembali.
Namun, siapakah tempat untuk mengadu?
Kutipan Derma Kilat.
Sekarang ini, admin sedang mengenalpasti cara-cara bagaimana membantu keluarga tersebut seperti no akaun mangsa. Insha Allah, sekiranya admin mendapat maklumat, akan admin update dapat entri ini.
admin akan update entri ini jika mendapat maklumat mengenai no akaun mangsa kebakaran.
admin ~ dari dulu lagi macam nih!!!!!!!
0 comment on this post:
Post a Comment