Pengerusi Utama persatuan tersebut, Saudara Mohammad Khairul ketika dihubungi berkata beliau telah menerima cadangan dari ahli sendiri yang ingin mengetahui asal usul dan sejarah Debak sendiri
"Saya telah menerima pelbagai cadangan daripada ahli persatuan yang mahukan Sejarah Saribas dikaji termasuklah Sejarah Debak sendiri. Memang ia akan dilakukan dan sekarang ini kertas kerja untuk kajian ini sedang dibuat. Namun begitu, ia tidak dapat dijalankan sekiranya persatuan ini belum didaftarkan kepada Pejabat Pertubuhan Belia (ROY).Sebab, salah satu matlamat dan objektif penubuhan persatuan ini adalah mengekalkan warisan sejarah serta kebudayaan Saribas."
Ditanya tentang persatuan tersebut, beliau menjawab bahawa persatuan tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini dalam proses pendaftaran di Pejabat Pertubuhan Belia Zon Sarawak.
"Betul, persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2004. kalau tak silap saya pada bulan Ogos. Permohonan telahpun dihantar kepada Pejabat ROY zon Sarawak pada 27 Disember 2012 lalu tetapi dikembalikan semula kerana terdapat maklumat yang terpaksa kita ubah semula. Pada 14 Februari lalu kita menghantar semula kepada ROY Zon Sarawak dan pada hari isnin ( 18 Feb) saya dihubungi oleh pihak mereka bahawa permohonan kita telahpun disokong dan telahpun dimajukan kepada pihak ROY di Putrajaya untuk proses Kelulusan dan Pengeluaran sijil."
Bila diajukan tentang soalan mengenai konflik antara beliau dengan Pengerusi lama (Ibrahim Bin Ahmad - Bang Hab) mengenai jawatan tertinggi tersebut, beliau menyangkal mengenai berita itu.
"Saya dengan Pengerusi lama tidaklah sebegitu.(ketawa). Pada proses penghantaran borang pendaftaran tersebut pada 27 Disember 2012, saya dihubungi oleh Setiausaha Utama bahawa pihak ROY zon Sarawak telah menghantar semula borang permohonan tersebut sepertimana saya katakan pada awal tadi. Ini lah masalah yang berlaku pada proses penghantaran yang pertama tersebut iaitu umur Pengerusi lama telah mencapai umur 40 tahun. sebab itu permohonan tersebut dihantar semula. Terus saya hubungi ahli jawatankuasa lain dan bertanyakan hal tersebut pada mereka. Kata putus mereka telah sebulat suara melantik saya sebagai Pengerusi. itu saja. Cuma saya tidak dapat menghubungi beliau, mungkin ada kerja disana."
Beliau menambah, sekiranya ada cadangan yang bernas untuk tindakan persatuan ini boleh dihantar melalui laman web pertanyaan persatuan tersebut di jaringan: http://www.warisansaribas.org/etiket/
Admin ~ Alhamdulillah, doakan supaya dijalankan dengan lancar.....
0 comment on this post:
Post a Comment