This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 20 February 2013

Sejarah Saribas akan dikaji? [18UF]

Debak - 20 Februari 2013: Sejarah Saribas mungkin dikaji. Inilah yang bakal dilakukan oleh salah satu persatuan yang berpengkalan di Debak.

Pengerusi Utama persatuan tersebut, Saudara Mohammad Khairul ketika dihubungi berkata beliau telah menerima cadangan dari ahli sendiri yang ingin mengetahui asal usul dan sejarah Debak sendiri

"Saya telah menerima pelbagai cadangan daripada ahli persatuan  yang mahukan Sejarah Saribas dikaji termasuklah Sejarah Debak sendiri. Memang ia akan dilakukan dan sekarang ini kertas kerja untuk kajian ini sedang dibuat. Namun begitu, ia tidak dapat dijalankan sekiranya persatuan ini belum didaftarkan kepada Pejabat Pertubuhan Belia (ROY).Sebab, salah satu matlamat dan objektif penubuhan persatuan ini adalah mengekalkan warisan sejarah serta kebudayaan Saribas."

Ditanya tentang persatuan tersebut, beliau menjawab bahawa persatuan tersebut telah ditubuhkan pada tahun  2004 dan kini dalam proses pendaftaran di Pejabat Pertubuhan Belia Zon Sarawak.

"Betul, persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2004. kalau tak silap saya pada bulan Ogos. Permohonan telahpun dihantar kepada Pejabat ROY zon Sarawak pada 27 Disember 2012 lalu tetapi dikembalikan semula kerana terdapat maklumat yang terpaksa kita ubah semula. Pada 14 Februari lalu kita menghantar semula kepada ROY Zon Sarawak dan pada hari isnin ( 18 Feb) saya dihubungi oleh pihak mereka bahawa permohonan kita telahpun disokong dan telahpun dimajukan kepada pihak ROY di Putrajaya untuk proses Kelulusan dan Pengeluaran sijil."

Bila diajukan tentang soalan mengenai konflik antara beliau dengan Pengerusi lama (Ibrahim Bin Ahmad - Bang Hab) mengenai jawatan tertinggi tersebut, beliau menyangkal mengenai berita itu.

"Saya dengan Pengerusi lama tidaklah sebegitu.(ketawa). Pada proses penghantaran borang pendaftaran tersebut pada 27 Disember 2012, saya dihubungi oleh Setiausaha Utama  bahawa pihak ROY zon Sarawak telah menghantar semula borang permohonan tersebut sepertimana saya katakan pada awal tadi. Ini lah masalah yang berlaku pada proses penghantaran yang pertama tersebut iaitu umur Pengerusi lama telah mencapai umur 40 tahun. sebab itu permohonan tersebut dihantar semula. Terus saya hubungi ahli jawatankuasa lain dan bertanyakan hal tersebut pada mereka. Kata putus mereka telah sebulat suara melantik saya sebagai Pengerusi. itu saja. Cuma saya tidak dapat menghubungi beliau, mungkin ada kerja disana."

Beliau menambah, sekiranya ada cadangan yang bernas untuk tindakan persatuan ini boleh dihantar melalui laman web pertanyaan persatuan tersebut di jaringan:  http://www.warisansaribas.org/etiket/

Admin ~ Alhamdulillah, doakan supaya dijalankan dengan lancar.....

Monday, 18 February 2013

Terungkai Sejarah Saribas?

Assalammualaikum...

Maaflah admin tidak dapat membuat post dalam blog ini, kerana belum ada kesempatan ruang masa untuk mengemaskini berita-berita untuk warga saribas.

Sedang membelek-belek facebook, admin terbaca satu artikel yang bertajuk "Asal Usul Dayang, Awang dan Abg di Negeri Saribas". Wowwwwww...... teringin nak buat kajian asal usul Debak dan Susur Galur, terbuka hati membaca ruangan artikel ini. Beberapa Fakta yang ingin Admin ketengahkan disini, iaitu

Fakta Pertama:

"Dato Godam merupakan seorang yang bijaksana dan terdidik serta memiliki pengetahuan yang tinggi sehingga dirinya cepat dikenal di Brunei. Kehadirannya disambut baik oleh Sultan yang memerintah yaitu Sultan Nasruddin karena dinilai memiliki pengetahuan dan kecakapan dalam menjalankan pemerintahan. Sultan Brunei meminta Dato Godam menetap di Brunei dan disuruh menikah. Karena merasa “berhutang budi”, Sultan Nasruddin menawari Dato Godam permintaan apa saja untuk dipenuhi. Dato Godam kemudian menyatakan keinginannya mempersunting anak Pengiran Tumenggong Pengiran Abdul Kadir yang menjadi istri ketiga Sultan. Permintaan tersebut dikabulkan Sultan. Bersama perempuan bernama Tandang Sari inilah, Dato Godam kemudian mendapatkan dua orang anak yaitu Manteri Uban dan Manteri Puteh. Dato Godam berjasa menyelesaikan berbagai permasalahan yang terjadi pada waktu itu sehingga beliau semakin disukai Sultan. Apa yang dilakukannya tidak lepas dari pengalamannya di Kerajaan Minangkabau."
Sumber:  http://baikoeni.multiply.com/journal/item/6

Fakta Kedua:

"Dari Brunei, Dato Godam singgah di Serawak untuk menemui mertuanya, Pengiran Temenggong Pengiran Abdul Kadir yang menetap di Pusa. Tidak lama sesudah pertemuan tersebut, sang mertua meninggal dunia sehingga Dato Godam tidak meneruskan perjalanannya ke Minangkabau. Akhirnya Dato Godam memutuskan menetap di Pusa sampai meninggal dunia dan dimakamkan di sana. Makam Dato Godam dan mertuanya terletak di dekat Sungai Telit. Sedangkan tidak jauh dari sana terdapat satu batu nisan Tandang Sari. Paras rupa istri Dato Godam tersebut sangat cantik dan konon kabarnya, Tandang Sari kemudian bunuh diri untuk menghindari fitnah orang banyak akibat banyaknya laki-laki yang tergila-gila dan mengikutinya."
Sumber: http://baikoeni.multiply.com/journal/item/6

Fakta Ketiga:

"Dari lintasan sejarah, hubungan masyarakat Minangkabau dengan Kerajaan Brunei sebenarnya telah berlangsung lama. Berdasarkan penelusuran penulis melalui literatur sejarah Brunei, jejak Minangkabau di Brunei Darussalam sudah ditemui sejak awal berdirinya Kerajaan Brunei dengan raja pertamanya Awang Alak Betatar yang memerintah tahun 1363-1402 (setelah memeluk Islam bernama Sultan Mohammad Shah). Dalam sebuah karya sastra berjudul “Syair Awang Semaun” disebutkan beberapa nama saudara Awang Alak Betatar yang mirip dengan nama yang dipakai Kerajaan Minangkabau tempo dulu seperti gelar “Pateh” dan “Damong”. Begitu pula gelar “Pengiran Bendahara” dan “Pengiran Tumenggong”."
Sumber: http://baikoeni.multiply.com/journal/item/6

Fakta Keempat:

" Di dalam perjalanan mengembara ini, Dato Godam dengan anak kapalnya telah berlabuh di muara Sungai Saribas dan sudah menjadi lumrah saudagar semestinya berlabuh dan mengadap pembesar tempatan di sesuatu daerah. Maka mengadaplah Dato Godam dengan Pangeran Temenggung Abdul Kadir iaitu pembesar Kerajaan Kesultanan Brunei yang telah diberikan Saribas sebagai tanah jajahannya. Saribas semasa itu sememangnya gah sebagai sebuah Bandar pelabuhan untuk saundagar-saudagar berniaga kerana kedudukannya yang strategik serta aman damai. Ini ditambah lagi dengan penguasa Kerajaan Saribas iaitu Pengiran Temenggung Abdul Kadir adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat Saribas. Salam perkenalan disambut daripada Pengeran Temenggung Abdul Kadir daripada Dato Godam dan dek kerana tutur bahasa dan perlakuan Dato Godam yang menarik dan sentiasa merendah diri maka beliau dan Pangeran Temenggung Abdul Kadir menjadi sahabat yang akrab. Dari sinilah Dato Godam mengetahui cerita Pangeran Temenggung Abdul Kadir yang sebenarnya kecewa dengan tindakan Sultan Brunei iaitu Sultan Nasruddin yang meminang puteri kesayangannya Tandang Sari untuk dijadikan sebagai isteri ketiga baginda. Kerana Pangeran Temenggung Abdul Kadir adalah rakyat Sultan Brunei tidak dapat tidak beliau terpaksa menerima pinangan tersebut atau akan dilabel sebagai penderhaka kepada sultan. Dato Godam begitu memahami keadaan Pangeran Temenggung Abdul Kadir kerana beliau merasakan mereka berdua adalah senasib. Pelawaan Pangeran Temenggung Abdul Kadir untuk pergi berniaga di Negara Brunei telah disambutnya dengan hati yang gembira kerana jauh perjalanan luas pandangan bagi Dato Godam. "
Sumber : Borneo Oracle

Fakta Kelima:

".....oleh kerana Pangeran Temenggung Abdul Kadir adalah bangsawan kesultanan Brunei maka dia secara peribadi telah diperkenalkan dengan Sultan Nasruddin, Sultan ke-15 Kerajaan Brunei dari tahun 1690 hingga 1710. Setelah seketika maka Pangeran Temenggung Abdul Kadir pulang ke Saribas dan meninggalkan Dato Godam di Brunei."
 Sumber: Borneo Oracle

Disini, mengikut sejarah yang telah diketengahkan dalam Artikel ini, beberapa persoalan yang wujud dalam kotak pemikiran admin iaitu:

1) Sejarah Asal Debak - Mengenai tempoh masa Pemerintahan SultanNasruddin, Sultan Brunei ke 15.

Disini berdebatan antara Garisan Masa dengan Sejarah Saribas (1690 hingga 1710 - Zaman Pemerintahan Sultan Brunei ke15), Admin berpendapat(Pendapat Peribadi) bahawa Saribas telah lama wujud (Termasuk Saribas - Debak) sehingga anak pembesar Datuk Patinggi Kedit (Datuk Bandar Abdul Hamid) memerindah Debak.  

2) Asal Usul (Orang) di Saribas (Termasuk Debak).

3) Prasa "Negeri Serawak"

Menjadi persoalan bahawa dalam artikel ini terdapat prasa "NEGERI SERAWAK", yang membawa maksud yang tersendiri ataupun "double-meaning". Adakah prasa tersebut memberi maksud "NEGERI SARIBAS"?

Selain itu, Admin ingin berkongsi beberapa fakta daripada Buku Novel(adaptasi dari Sejarah) yang bertajuk "Bujang Senang: Lagenda Sebuah Cinta - Karya Dr Idris Boi" dalam Catatan Tambahan, m/s 646 hingga m/s 647 iaitu:

1) Sejarah awal negeri Sarawak dalam abad ke 15 dan 16, Sarawak dikenali sebagai SARIBAS. Nama Sarawak hanya wujud ketika Rajah James Brooke memerintah sarawak pada abad ke 18!.

2) Kelkak adalah sebuah daerah di negeri Saribas dalam abad ke 15, yang satu-satunya dibawah pemerintahan Sultan Johor. Namun Kelkak diserahkan kembali kepada kerajaan Brunei pada abad ke 17 dibawah pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin Ibnu Sulltan Mohamad Jamal-alam.

Sumber:

1) Legends & History of Sarawak - Dr Chan Pat Foh, Lee Ming Press Co (1999)
2) Sarawak Long Ago - W.J Chater, DBP, Kuala Lumpur (1994)
3) Sejarah Sarawak - Haji Buyong Adil, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur (1981)
4) Utusan Sarawak - Misteri Lagenda Kampung Jepak, Bintulu-Rafaie Ismail (3/9/95)
5) Jena'iee (Sebilah Pedang) - Cerita dari mulut (1995)

p/s: Tujuan admin menyiarkan artikel beserta sumber adalah untuk tujuan berkongsi maklumat mengenai sejarah asal usul Saribas-Debak untuk tatapan Warga Debak. Bukan niat lain. Harap maklum.

Admin - Bangga jadi Bangsa Debak... Persoalan: Mengikut Garis Sejarah ini, Perlukah "dipulangkan balik sejarah" tersebut kepada yang asal?



Monday, 4 February 2013

Kebakaran Di Kampung Bungey

Tarikh: 3 Januari 2013

keadaan rumah yang terbakar
(gambar dari group debak95500)

Admin baru sahaja mendapat berita dari source admin di Debak mengatakan bahawa terdapat rumah terbakar di Kampung Bungey. Namun begitu belum ada berita mengenai punca berlakunya kebakaran tersebut.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan menurut maklumat dari penduduk kampung, kebakaran bermula lebih kurang pukul 8.15 malam tadi.

Bomba?

Walaupun mempunyai nilai fasiliti yang banyak seperti Balai Polis, Sekolah dan sebagainya, ketiadaan Balai Bomba yang dibina membantutkan usaha untuk memadamkan api. Bukan nak menyalahkan pihak bomba, tetapi dengan jarak lebih kurang 70 km yang mengambil masa lebih kurang 30 minit salah satu punca kelewatan pihak bomba sampai di lokasi kejadian.

Usaha Memadamkan Api.

Dengan keringat yang tidak seberapa, penduduk kampung khususnya penduduk Kampung Bungey membantu dengan sedaya upaya untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan hos kecil dan baldi (mengikut maklumat fb group).

Cadangan Penduduk.

Dengan keadaan sebegini, pelbagai cadangan yang diutarakan, seperti menubuhkan Pasukan Sukarelawan Bomba untuk menjadi First-Person-On-Location sekiranya berlaku kejadian seperti ini berulang kembali.

Namun, siapakah tempat untuk mengadu?

Kutipan Derma Kilat.

Sekarang ini, admin sedang mengenalpasti cara-cara bagaimana membantu keluarga tersebut seperti no akaun mangsa. Insha Allah, sekiranya admin mendapat maklumat, akan admin update dapat entri ini.


admin akan update entri ini jika mendapat maklumat mengenai no akaun mangsa kebakaran.

admin ~ dari dulu lagi macam nih!!!!!!!

Friday, 1 February 2013

Perkembangan Laman Web Debak

Tarikh: 01 Februari 2013

Assalammualaikum.

Admin mohon maaf kerana lama tak mengupdate sebarang berita dalam blog kita. Tapi belum terlambat untuk admin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada warga Debak khususnya.

Beberapa hari lalu, admin telah mendapat pertanyaan mengenai laman web debak. Disini, admin ingin memberitahu kepada pelayar blog debak95500 bahawa laman web debak masih dalam pembinaan (20%) kerana beberapa aspek yang perlu diambil kira untuk dimasukkan dalam laman web tersebut. Di antaranya;

1) Sejarah Asal Debak - Teori (Dari mulut ke mulut), Adaptasi (Dari sumber yang sah) dan Bertulis (Ada Sumber).

2) Sejarah Asal di setiap kampung - Sama seperti Sejarah asal.

Untuk itu, admin amat berhati-hati untuk membuat sebarang data yang perlu dimasukkan dalam laman web tersebut. Sekiranya anda (Orang Debak) mempunyai data tersebut, bolehlah menghantar melalui email pentadbir@debaksaribas.net.

Harap Maklum

~ blog debak hampir siap. insya allah dalam beberapa hari lagi akan digunakan sebagai blog rasmi debak.