This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 22 May 2013

[PANAS] Bakal Ditutup? Mulut siapa yang berbunyi?

22 Mei 2013
2.54 Pagi waktu Malaysia

Apa yang akan ditutup? Mulut siapa yang bakal lantang akan berbunyi?

Oppppssssss!!!!!!.. admin bukan bermaksud nak berpolitik dalam blog ini. Ayat di atas hanya sebagai suspen pembaca sekalian untuk mengetahui apa yang admin tulis selepas ini.


sebenarnya blog ini akan ditutup selamanya dan akan diganti dengan blog baru.... Admin telah selesai dalam fasa penentuan untuk penyusunan beberapa perkara didalam blog tersebut termasuklah laman web yang kini masih belum selesai diproses.

blog baru tersebut akan diganti dengan blog baru... betul... dengan menggunakan dominan sendiri, malahan admin mengeluarkan kos sendiri untuk membeli dominan tersebut yang sebelum ini admin pernah war-warkan di dalam blog.

dominan tersebut ialah debaksaribas. <--- klik sahaja dekat link ini. pastinya anda akan menjumpai blog baru.... sebenarnya admin masih lagi membuat penyelenggaraan terhadap blog tersebut. dalam blog baru itu juga akan ada wartawan-wartawan sendiri yang akan menyediakan bahan cerita untuk dimasukkan di dalam blog tersebut tanpa pergantungan 100% terhadap admin.


Salam ya alaik...
Admin

Monday, 20 May 2013

[PANAS] Perlukan Komen dan Pendapat...

20/05/2013
7.30 Malam

salam ya alaika semua sahabat.

Nampaknya entri Perlukah Diangkat? sebelum ini mendapat perhatian, walaupun hanya sebuah entri yang berkisarkan sejarah.... termasuklah hit LIKE dari teman-teman dalam laman FB Debak95500....

Tetapi, kalau boleh admin memerlukan komen positif dan negatif mengenai entri tersebut...

sesiapapun... tak kira muda, tua, pelbagai bangsa... kerana ia bakal mengangkat martabat perwira bangsa debak sekaliannya.....


admin ~ tengah baca blog mazidul akmal sidek.... admin nak jumpa dia lah.... hohoho mana tahu dapat pembelajaran mengenai blog...... hohohoho.... sakit hati dengan AA..... macam2... nak boikot ke tidak? hurmmmmmm.... siapa AA? lu fikir la sendiri.... nanti ada orang nak saman admin....

Wednesday, 15 May 2013

Perlukah diangkat?

15/05/2013
11.00 malam...

Assalammualaikum... tentu malam ini pelajar-pelajar sekolah di sekitar Debak tidak dapat tidur kerana memilih sebuah hadiah untuk guru-guru sempena Hari Guru esok.. Pelbagai cadangan dalam perbincangan yang telah mereka buat di kelas serta berapa kos yang perlu mereka kumpul untuk membeli serta dan membungus hadiah tersebut...... mungkin mereka telah berbincang sejak seminggu yang lalu... bagi menghargai jasa dan keringat guru-guru mereka.... apapun, Admin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang mengajar anak watan debak keseluruhannya. Terima kasih kami ucapkan kerana mengajar kami sebagai anak murid anda dan ada di antaranya telah berjaya dalam kehidupan mereka...

Peristiwa begini pernah berlaku sepanjang hidup admin sebagai pelajar dahulu....

Kita tinggalkan dulu... kita terus ke titik (straight-to-point) kepada tajuk entri kali ini. Perlukah Diangkat? dan mengapa? apa yang perlu diangkat? Kakak Angkat? Abang Angkat? Keluarga Angkat? bukan... bukan... bukan....

pagi tadi, semasa admin sedang duduk rehat dekat pejabat, admin pasang dan tengok televisyen yang ada didalam pejabat. Disediakan oleh ketua, supaya tidak dilanda keboringan semasa membuat kerja. sebenarnya, admin terleka dek melihat siaran cerita yang disiarkan oleh stesen televisyen... Tajuknya? Puteri Santubong, Puteri Sejinjang..... wah, admin tengok tak berkelip mata menonton cerita lagenda dari negeri kebanggaan kita, SARAWAK... kini, cerita lagenda itu telah dibuat sebuah drama... Sedetik itu juga admin terfikir,

'Mengapa cerita lagenda "Dayang Isah Tandang Sari" tidak diangkat kepada filem atau drama? yang sebelum ini dipentaskan sebagai dialektologi'
Sedetik itu jugalah terlintas beberapa soalan di minda admin ketika itu....

1) siapa yang nak terbitkan cerita ini dalam bentuk filem atau Drama?
2) Produksi mana yang boleh menjalankan penggambaran ini?
    - dalam hati admin berbisik - 'mesti orang debak jugak'

Tapi, pada pandangan admin, kena bincang dengan rakyat Debak dahulu sebelum nak merancang lebih lanjut.......

admin ~ tengah layan dialektologi 'Dyg Isah Tandang Sari'... terima kasih Cikgu Sabri Allem dan Cikgu Zul.....


Satu Kisah Dahulu

Entri Bertarikh: 15/04/2013 Jam 0205 Pagi...

Agaknya, telah lama Admin tidak menulis entri terbaru dalam blog ini. Mungkin kerana terlalu sibik dengan tugas seharian selain dari projek lain.

Tempoh Pilihanraya Umum Ke-13 juga telah tamat dengan kemenangan kepada pihak Barisan Nasional yang maraih undi sebanyak 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (maaflah, tiada niat untuk berpolitik didalam ruangan ini.) Pastinya dalam tempoh beberapa fasa dalam Pilihanraya itu sendiri, melibatkan ramai penyokong yang antaranya "Berperang" dari pelbagai aspek... seperti pengibaran bendera yang disokong, berdebat dalam ruangan Politik Debak... sehinggalah habis pengiraan undi....

Kita tinggalkan dulu dunia politik, kerana admin ada cerita terbaru nak dikongsikan bersama...

Ceritanya begini, satu hari semasa admin tengah bertugas (macam biasalah, Routine Duty), tetiba seseorang bertanya kepada admin, rasanya percakapan memang dari asal semenanjung ni... dia bertanya begini:

"Betul ke Orang Sarawak masih lagi tinggal atas pokok dan memakai cawat?"
Kalau memang dasarnya, memang admin panas hati dengan soalan begini (boleh dikatakan "sensitif" bagi orang Sarawak. Namun, dengan pengalaman sedia ada, admin tersenyum dan menjawab soalan beliau dengan tenang dan berbentuk soalan....

"Awak pernah pergi sarawak ke?"
soalan ini membuatkan admin sesekali tersenyum... Lantas... Beliau menjawab..

"tak pernah, dengar dari orang je"
Selepas itu, Admin bertanya lagi kat beliau...

"orang yang awak tanya tu pernah pergi ke sarawak ke?"
Usai sahaja soalan tersebut tamat ditanya, terus dia menggelengkan kepala...

Dalam hati admin, hanya nak mengeluarkan senyuman sindiran je, tapi terpaksa disembunyikan kerana takut 'Beliau" terasa.

"nah, inilah kenapa orang semenanjung ini selalu terfikirkan negatif tentang Sarawak. Belum pernah pergi lagi, dah berfikiran kolot. Itupun tanya lagi kat orang "tu" yang juga belum pernah pergi sarawak. Awak sepatutnya bertanya, mengkaji dahulu macam mana negeri sarawak ni. Jangan tanya dari sumber yang sumber itu pun tak tahu... inikan pula dari buku sejarah yang koyak di hujung muka suratnya. Cuba awak tanya dengan orang sarawak. Dimana hasil yang diperolehi untuk membangunkan Kuala Lumpur?"

Lantas beliau tersenyum kelat dan beredar dari tempat Routine Duty admin... kawan sebelah senyum je....

Admin ~ berfikir dahulu sebelum bercakap...... sapa nak bantu admin nak renew dominan debaksaribas.net... help me please.. nak minta dengan YB malu-malu pusak pulak.....