11.00 malam...
Assalammualaikum... tentu malam ini pelajar-pelajar sekolah di sekitar Debak tidak dapat tidur kerana memilih sebuah hadiah untuk guru-guru sempena Hari Guru esok.. Pelbagai cadangan dalam perbincangan yang telah mereka buat di kelas serta berapa kos yang perlu mereka kumpul untuk membeli serta dan membungus hadiah tersebut...... mungkin mereka telah berbincang sejak seminggu yang lalu... bagi menghargai jasa dan keringat guru-guru mereka.... apapun, Admin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang mengajar anak watan debak keseluruhannya. Terima kasih kami ucapkan kerana mengajar kami sebagai anak murid anda dan ada di antaranya telah berjaya dalam kehidupan mereka...
Peristiwa begini pernah berlaku sepanjang hidup admin sebagai pelajar dahulu....
Kita tinggalkan dulu... kita terus ke titik (straight-to-point) kepada tajuk entri kali ini. Perlukah Diangkat? dan mengapa? apa yang perlu diangkat? Kakak Angkat? Abang Angkat? Keluarga Angkat? bukan... bukan... bukan....
pagi tadi, semasa admin sedang duduk rehat dekat pejabat, admin pasang dan tengok televisyen yang ada didalam pejabat. Disediakan oleh ketua, supaya tidak dilanda keboringan semasa membuat kerja. sebenarnya, admin terleka dek melihat siaran cerita yang disiarkan oleh stesen televisyen... Tajuknya? Puteri Santubong, Puteri Sejinjang..... wah, admin tengok tak berkelip mata menonton cerita lagenda dari negeri kebanggaan kita, SARAWAK... kini, cerita lagenda itu telah dibuat sebuah drama... Sedetik itu juga admin terfikir,
'Mengapa cerita lagenda "Dayang Isah Tandang Sari" tidak diangkat kepada filem atau drama? yang sebelum ini dipentaskan sebagai dialektologi'Sedetik itu jugalah terlintas beberapa soalan di minda admin ketika itu....
1) siapa yang nak terbitkan cerita ini dalam bentuk filem atau Drama?
2) Produksi mana yang boleh menjalankan penggambaran ini?
- dalam hati admin berbisik - 'mesti orang debak jugak'
Tapi, pada pandangan admin, kena bincang dengan rakyat Debak dahulu sebelum nak merancang lebih lanjut.......
admin ~ tengah layan dialektologi 'Dyg Isah Tandang Sari'... terima kasih Cikgu Sabri Allem dan Cikgu Zul.....
0 comment on this post:
Post a Comment