Friday, 10 January 2014

[ SUKAN ] TIDAK SABAR UNTUK BERAKSI - JUNIOR ELDSTAL

Sumber - KOSMO

Nampaknya Bintang Sensasi Bola Sepak Sarawak - Junior Eldstal tidak sabar untuk beraksi membantu Sarawak mencipta kemenangan dalam Liga Super. Beliau yang mengalami kecedaraan tidak beraksi semasa Kempen Sukan SEA di Myanmar kini mula berlatih tetapi membuat latihan secara ringan sahaja.

"Saya baru mula berlatih baru-baru ini dan masih terasa sakitnya, saya berusaha untuk cepat pulih. Keadaan saya tidak pulih sepenuhnya sehingga Februari ini dan ini amat mengecewakan, tetapi saya yakin kecergasan saya akan pulih selepas itu dan saya tidak sabar untuk melalui musim membanggakan bersama Sarawak" katanya di Kuching, semalam.

Eldstal yang mempunyai darah kacukan Malaysia(Sabah)-Sweden ini amat berharap agar dapat kembali semula bersama Skuad Bujang Senang dan dapat memberi sumbangan kepada Sarawak musim ini.

Bakat Luar Biasa Eldstal ini mendapat perhatian ramai peminat Bola Sepak khususnya peminat Bola Sepak Negeri Bumi Kenyalang (GB13) sehingga menarik perhatian jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu, Datuk K. Rajagopal, dan Pengendali Skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee.

Beliau pernah diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menetang Chelsea dan Piala Merdeka sehingga mendapat pujian ramai.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Sarawak, David Usop berkata Eldstal baru sahaja menjalani latihan ringan dan setakat ini belum pasti sama ada dia cukup cergas untuk diturunkan untuk menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari nanti.

Eldstal yang mempunyai darah Kadazandusun Sabah (Ibu) dan Sweden (Bapa).

Untuk musim ini, Sarawak mendapat khidmat 3 pemain import iaitu Gabor Gyepes (Hungary), Alireza Abbasfard (Iran) dan Molirad Janjus(Serbia).

admin - semoga cepat sembuh, Eldstal..

0 comment on this post:

Post a Comment