Sumber: Utusan Melayu
Assalammualaikum....
Januari telah melabuhkan tirainya dan kini Februari mula menjelma... Di dalam PointDuty Admin membaca Utusan Melayu edisi Mobile telah menemui satu berita baik untuk negara khususnya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mungkin anda pernah menonton cerita Box Office Hollywood, BLACK HAWK DOWN (BHD) arahan Ridley Scott di buat pada tahun 2001 yang mana tiada sebarang peranan ATM dipaparkan dalam konspirasi yang berlaku di Mogadishu, Mogolia ini.
Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.
Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
"Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.
"Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Keupayaan Latihan Penuh dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia di Teluk Kemang hari ini.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam ucapan turut berkata, beliau terharu dengan pengiktirafan itu kerana AS dapat mengenang jasa perajurit tanah air yang terlibat dalam operasi itu.
"Saya juga berterima kasih kerana AS hari ini masih mengenang pengorbanan anggota kami yang terlibat dalam operasi itu walaupun ia telah berlalu hampir 20 tahun lalu.
"Terima kasih kerana mengimbas kembali jasa anggota pengaman Malaysia yang sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anggota AS," katanya.
Dalam kejadian itu, lebih 100 anggota ATM mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera AS yang terperangkap ketika diserang puak militian Somalia di tengah bandar Mogadishu.
Operasi menyelamat itu turut mengakibatkan sembilan anggota ATM tercedera selain mengorbankan nyawa Koperal Mat Aznan.
Tahniah ATM....
Admin ~ memang minat BHD... sampai game ps2 pun puas dahhh berulang2 main....
0 comment on this post:
Post a Comment