Assalammualaikum...
Mungkin, telah lama admin tidak mengemaskini post dalam blog ini. Admin mohon maaf kerana admin telah bercuti balik kampung halaman di Debak. Bagi admin, Debak tidak banyak berubah semenjak admin kali terakhir admin meninggalkan Debak 7 bulan lalu - kali terakhir bercuti. Pelbagai bahan akan dipanjangkan didalam blog ini nanti hasil dari kutipan pengalaman admin semasa bercuti.
Namun, apa yang agak membimbangkan, kes kecurian di dalam rumah semakin menjadi-jadi. Kes ini amat mebimbangka orang-orang kampung sehingga banyak proses modified dilakukan oleh orang-orang kampung terhadap rumah mereka. Bak kata orang kampung, "Hari ini dapat tangkap, esok lepas lagi".
Entahlah. Bagi admin, biarlah pihak keselamatan menjalankan tugasnya tanpa gangguan.
Tujuan admin balik kampung selama 2 minggu (14 hari) kerana ini berjumpa dengan ibu admin di samping mencari bahan yang akan digunakan untuk blog ini nanti. Admin sempat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga admin walaupun ada rasa tidak puas hati admin terhadap beberapa perkara.
Di kesempatan ini, admin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini aan membawa keberkatan untuk anda menambah lagi pahala untuk dibawa ke sana kelak.
Admin ~ semalam admin tidak dapat puasa kerana tak sedap badan. Muntah semalam.
0 comment on this post:
Post a Comment