This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 17 October 2014

Lan Berambeh Anak Sarawak 2014

Assalammualaikum...

Hari ini admin mendapat perkhabaran mengenai Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak yang bakal diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 31 Oktober Hingga 2 Oktober ini.

Karnival ini diadakan pertama kali dianjurkan pada tahun 2008 pada masa itu digelar sebagai Rumah Terbuka Aidil Fitri dan diperluaskan peranannya sebagai medan pertemuan tahunan Anak-Anak Sarawak.

Penganjuran Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak ini dianjurkan oleh Persatuan Anak Sarawak Semenanjung dengan kerjasama unit Pembangunan Usahawan Bumiputra (upub) Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Rumah Sarawak Kuala Lumpur dan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur serta sokongan penuh dari kerajaan negeri Sarawak.

Seperti biasa, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak akan bersama-sama hadir dalam karnival ini, tidak ketinggalan ADUN N30 Saribas, YB Mohd Razi Bin Sitam.

Menurut Laman Web Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim merangkap Pengerusi KArnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014, Karnival kali ini dibuka kepada semua Rakyat Malaysia dan kali pertama diadakan dalam format Karnival yang diadakan selama 3 hari.

Menurut Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, karnival ini menyasarkan sebanyak 30 ribu pengunjung dan sebelum ini, penganjuran karnival ini hanya bertujuan untuk mengumpul anak-anak Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia bagi mengeratkan silaturrahim di samping memberi pendedahan kepada mereka tentang peluang-peluang kerjaya dan pelbagai peluang yang lain untuk meningkatkan taraf hidup. Tetapi, pada tahun ini, objektif penganjurannya diperluaskan, Antaranya mempromosikan barangan, makanan dan kebudayaan serta memberi peluang kepada anak-anak Sarawak menceburi keusahawanan.

Rohani berkata, pada tahun ini juga pelbagai program telah di atur untuk tarikan ramai antaranya  Pameran Produk dan Kraftangan dari Sarawak, Persembahan Kebudayaan Tempatan juga gerai jualan makanan Sarawak.

Admin - Inshaa Allah, admin akan menemuramah YB Mohd Razi masa karnival ini.


Tuesday, 1 July 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA

Assalammualaikum...

Mungkin, telah lama admin tidak mengemaskini post dalam blog ini. Admin mohon maaf kerana admin telah bercuti balik kampung halaman di Debak. Bagi admin, Debak tidak banyak berubah semenjak admin kali terakhir admin meninggalkan Debak 7 bulan lalu - kali terakhir bercuti. Pelbagai bahan akan dipanjangkan didalam blog ini nanti hasil dari kutipan pengalaman admin semasa bercuti.

Namun, apa yang agak membimbangkan, kes kecurian di dalam rumah semakin menjadi-jadi. Kes ini amat mebimbangka orang-orang kampung sehingga banyak proses modified dilakukan oleh orang-orang kampung terhadap rumah mereka. Bak kata orang kampung, "Hari ini dapat tangkap, esok lepas lagi".

Entahlah. Bagi admin, biarlah pihak keselamatan menjalankan tugasnya tanpa gangguan.

Tujuan admin balik kampung selama 2 minggu (14 hari) kerana ini berjumpa dengan ibu admin di samping mencari bahan yang akan digunakan untuk blog ini nanti. Admin sempat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga admin walaupun ada rasa tidak puas hati admin terhadap beberapa perkara.

Di kesempatan ini, admin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini aan membawa keberkatan untuk anda menambah lagi pahala untuk dibawa ke sana kelak.

Admin ~ semalam admin tidak dapat puasa kerana tak sedap badan. Muntah semalam.

Sunday, 11 May 2014

[UMUM] DEBAK DICERITAKAN DI KEDUTAAN AMERIKA?

Sumber: US EMBASSY (MALAYSIA)

Assalammualaikum.... sedang admin godak-godak mengenai kampung Admin... Alangkah terkejutanya admin apabila satu artikel mengenai seorang Pengajar (Teacher in English) yang mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris di SMK SARIBAS!!!!....

Admin mengambil sedikit petikan dari sumber berkenaan:

Saribas Secondary School in Debak, Sarawak was my Peace Corps assignment.  I taught mathematics and English for two years and I learned more from my students and their families than I ever could have imagined.
Debak was a great place to live.  The school was still pretty new and small enough that we knew everyone.  People were incredibly welcoming – from the Chinese shopkeepers to the Malays in the kampungs to the Ibans in the longhouses. Halfway around the world from my own family, I found a new home.
Most of the students were boarders, their homes too far for daily commuting.  That meant that we became like a big school family, sharing chores and fun as well as schoolwork.  Even the day students would return to the school each day after their meal to take part in school chores, study time, games and clubs.  And on weekends or holidays, I would often be invited to visit students’ families in their kampungs or longhouses.
Living far from the city, we didn’t always have electricity or modern conveniences, but we had a lot of fun.  Sitting on the ruai in the evening, with the kelita flickering as an old man told stories of Iban heroes is a magical memory.  Sharing stories with a Malay family about life in an American family brought us all closer.  Watching the “aha!” look on a student’s face when he finally understood a math problem was so rewarding - and  so was the pride in a young woman’s eyes when I praised her essay.
Forty years later, my students have grown.  Some are farmers and teachers, nurses and doctors, engineers and businessmen – all kinds of lives.  When I visited Sarawak a few years ago, it was clear that, even though the distance is far and the years are long, the  memory and affection never goes away.

Anda lihatlah sendiri....

GREAT PLACE TO LIVE?

Dan Orangnya adalah:

NANCY GALLANT

Gambar Nancy Gallant pada tahun 1971

Admin: terkezuttttt!!!!

MENGAPA ALTITUDE (SIKAP) YANG TIDAK PERNAH BERUBAH [UMUM]

Assalammualaikum....

Maaflah, lama tak update blog ini. Admin terlalu sibuk dengan tugasan yang luar biasa sejak-sejak akhir ini. Alhamdulillah.... Blog kita semakin banyak dilihat nampaknya....

Altitude atau sikap? mengapa admin ungkapkan perkataan tersebut didalam tajuk utama dalam entry ini. Ya... Altitude merupakan satu tingkah yang perlu diambil berat oleh seseorang individu... Tapi kebanyakannya adalah HANCUR. Admin kata HANCUR!!!!!!!!!!

Lihatlah Taman Reakreasi dekat simpang? Bagaimana rupanya? Lihatlah Lampu penerang jalan dari SK Datuk Bandar ke Pasar? Lihatlah dengan mata hati anda... tidak perlu lihat dengan mata kasar anda kerana MATA KASAR anda telah BUTA!!!!...

Mengapa tiada baikpulih dan pemulihan terhadap dua fasiliti ini dilakukan? ADA!. Memang ada permohonan pemulihan dan balikpulih dilakukan, tetapi pejam mata Admin mengatakan DITOLAK!!.. Admin kata DITOLAK!!!... Hantar seberapa banyak pun permohonan pemulihan dan baikpulih dihantar kepada Majlis Daerah Betong, memang itulah jawapannya.. Tahukah anda apa jawapannya?

"Pagi ni baikpulih, Petang dah hancur.. Mentol pecah, Tiang kemek"

Admin tanya, "Sapo mpun kejo tuk!!!!"

Anda jawab lah sendiri kerana jawapannya ada pada anda.

Tahukah anda? Debak bakal ada WATERFRONT. Ya.. Debak bakal ada Waterfront nanti... Bolehlah Admin gelarkannya nanti sebagai "WaterFront Saribas".  Tapi, bilakah siap? terpulang kepada altitude atau sikap anda sendiri... Anda fikirlah sendiri.....

Friday, 14 March 2014

Blog Baru SPO

Untuk makluman, pihak Editor SPO akan berpindah ke jaringan baru. Anda boleh melihat dan melayari laman tersebut di SPO <---- Disini

terima kasih
pentadbir

Monday, 10 March 2014

MISTERI MH370

Assalammualaikum....

Sumber:

1) ABC NEWS
2) THE GUARDIAN
3) BERITA HARIAN
4) THE SYDNEY MORNING HERALD
5) ASTRO AWANI

Selepas setahun tragedi Serangan Pencerobohan Lahad Datu, Sabah, negara kita dikejutkan lagi dengan berita dengan kehilangan / Terhempasnya kapal terbang milik Malaysia Airlines System (MAS), MH0370 : Kuala Lumpur -> Beijing.

Berita ini telah mendapat liputan meluas dari media antarabangsa, sepertimana yang admin berikan dalam sumber diatas termasuklah media tempatan dan bloger-bloger.

Namun, apa yang tidak menyenangkan, pelbagai spekulasi mengenai MH370 ini. Ada yang kata terhempas, ada yang hilang mahupun dirampas.

Apa-apapun, Ketua Polis Negara (KPN) telah mengeluarkan kenyataan media bahawa dilarang mengeluarkan spekulasi melampau mengenai Misteri Kehilangan MH370 ini dan akan diambil tindakan tegas.

Doakan mereka selamat.

#PrayForMH370
#MH370

Admin ~ Bulan 6 nak balik kampung guna MAS... hurmmmm......



Saturday, 15 February 2014

[ SEMASA ] KUALA LUMPUR WANGAT ILAK [DIALEK]

Assalammualaikum...

nipo ngan Debak? hujan ka? mun hujan bagus la... tapi Admin raso.. sik do berair, berapi? betui sik?

Mun di KL tuk nang wangat lah... nang sik apat bejalan ntam wangat piyo... mbak keto nang penuh aircon arum mbulak ae tek... yabih.... dah2 gik, lam brito marek, sik do berair? nang po kuar slogan "sik do meno lain upo meno kito tuk"...

mun raso nak jalan, jangan la skali nak makey keto... bagus-bagus dah mandik... kuar dah bepeluh.... ni nyaman..... dolok kuar brito salji... tuk wangat gik upo ae tuk... ni nyaman... mbak kejo alu sik jadi ntam ae...

yo jak coretan admin kali tuk...

Tuesday, 4 February 2014

[ TENTERA ] AKHIRNYA DIIKTIRAF..... [ BHD ]

Sumber: Utusan Melayu
Assalammualaikum....

Januari telah melabuhkan tirainya dan kini Februari mula menjelma... Di dalam PointDuty Admin membaca Utusan Melayu edisi Mobile telah menemui satu berita baik untuk negara khususnya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mungkin anda pernah menonton cerita Box Office Hollywood, BLACK HAWK DOWN (BHD) arahan Ridley Scott di buat pada tahun 2001 yang mana tiada sebarang peranan ATM dipaparkan dalam konspirasi yang berlaku di Mogadishu, Mogolia ini.

Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.

Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

"Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

"Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Keupayaan Latihan Penuh dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia di Teluk Kemang hari ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam ucapan turut berkata, beliau terharu dengan pengiktirafan itu kerana AS dapat mengenang jasa perajurit tanah air yang terlibat dalam operasi itu.
"Saya juga berterima kasih kerana AS hari ini masih mengenang pengorbanan anggota kami yang terlibat dalam operasi itu walaupun ia telah berlalu hampir 20 tahun lalu.

"Terima kasih kerana mengimbas kembali jasa anggota pengaman Malaysia yang sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anggota AS," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih 100 anggota ATM mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera AS yang terperangkap ketika diserang puak militian Somalia di tengah bandar Mogadishu.
Operasi menyelamat itu turut mengakibatkan sembilan anggota ATM tercedera selain mengorbankan nyawa Koperal Mat Aznan.

Tahniah ATM....

Admin ~ memang minat BHD... sampai game ps2 pun puas dahhh berulang2 main....

Wednesday, 29 January 2014

[ UMUM ] Saribas Post Online (SPO) VERSI FACEBOOK DIWUJUDKAN [ YEAH!!!!! ]

Assalammualaikum......

Untuk makluman, admin telah mewujudkan satu fb untuk admin berkomunikasi dengan pembaca-pembaca sekalian...

Sila klik link dibawah untuk melihat fb tersebut

FACEBOOK RASMI - Klik DISINI
HALAMAN - Klik DISINI

admin ~ senang nak berhubung kannnnnn............

Tuesday, 28 January 2014

[ RAYA ] SELAMAT TAHUN BAHARU CINA [ CUTIIII ]


Assalammualaikum...

Sempena tahun baharu cina ini, Admin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada WargaNegara Malaysia khususnya untuk penduduk debak (Orang Cina).... Kepada penduduk kampung yang tidak 'menyambutnya", pastikan tiada tangan atau kaki yang kudung akibat bermain mercun.....

Admin ~ Kalau balik kampung ni kan sedappppp................................

Wednesday, 15 January 2014

[ SEMASA ] ISU HINA MENGHINA SEMAKIN MENJADI [ PANAS ]

Assalammualaikum....

Hari ini Admin amat merasa marah dengan sikap segelintir manusia yang mana OTAKnya diletakkan dilutut... tak pernah berfikir mengenai perasaan orang lain mahupun sesuatu komuniti... Di manakah letaknya ASAS yang membawa perpaduan, sehingga membawa kepecahan dalam satu komuniti itu.

Perkara ini bermula apabila Admin membuka laman sosial Admin, dan melihat posting-posting dalam wall Fb tersebut. Admin tersentak melihat salah satu posting yang dibuat oleh rakan Admin iaitu (Kmk Miak Sarawak)..

Bukan Admin mengambil kesempatan di atas posting tersebut, namun ayat yang dinyatakan itu boleh menguris perasaan satu kaum majoriti di SARAWAK.


Salah Satu Pos yang dikeluarkan
Sila Klik Gambar untuk besarkan
Sumber: FB Kmk Miak Sarawak

Mengapa "mereka" terus "Menghina" sebegini rupa.......

Anda Fikir-Fikirkanlah........

Admin ~ Bukan niat nak menghasut,... tetapi ini adalah hakikat sebuah "LAMAN SOSIAL"........ semakin menjadi.......

Sunday, 12 January 2014

[ EDISI BERGAMBAR ] SUASANA KETIKA BANJIR [ DISEMBER 2013 ]

Suasana ketika Banjir

Sumber: Page Debak95500 | Adi D'Santos | Yusri Debak

Keratan Akhbar









Sungut muko yo lok - admin





















[ AGAMA ] SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1435

Assalammualaikum....

Myungkin, penduduk kampung di Debak sekarang ini sedang sibuk menguruskan sepanduk masing-masing untuk perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul di Debak nanti... Mungkin juga, sepanduk itu digunakan untuk pertandingan di peringkat Negeri mahupun Daerah nanti. Kalau nak buat tu, buatlah perlahan-lahan, jangan gopoh gapah.. Masa perarakan tu nanti, jangan pulak sampai nak bergaduh ya.

Nabi Besar Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W diputerakan menjelangnya Fajar Pagi Isnin pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah di Mekah Mukarramah, sebuah kota suci Umat Islam yang kira-kira 200 M dari Masjidil Haram. Kenapa dikatakan Tahun Gajah? Kerana pada masa itu, Abrahah dan bala tenteranya yang datang dari Yaman untuk menyerang dan meruntuhkan Kaabah dengan menggunakan Gajah. Allah Maha Berkuasa terus menggagalkan usaha mereka itu dengan mengirimkan Burung Ababil yang membawa batu dari Neraka, sehingga Abrahah dan pasukannya mati dalam keadaan yang begitu buruk sekali. Perkara ini Allah S.W.T telah dijelaskan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Fil.

Adapun saat kelahiran Beliau itu menurut yang masyhur menjelang terbit fajar, pada waktu saat doa dimakbulkan Allah. Dilahirkannya Nabi Muhammad saw pada bulan Rabi’ul Awal, musimnya bunga berkembang adalah merupakan isyarat bahwa ajaran yang dibawanya akan berkembang di seluruh dunia.

Mengenai silsilah keturunan Nabi Muhammad saw adalah sebagai berikut : Muhammad bin Abdullah (lahir 545 M) bin Abdul Muthalib (497 M) bin Hasyim (464 M) bin Abdul Manaf (430 M) bin Qushai (400 M) bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihir bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan dan seterusnya berselisih pendapat ahli sejarah sampai anak Syits dan Adam.


Admin ~ Selamat menyambut Maulidur Rasul....


Begitula


[ SEMASA ] ENAM SETENGAH..... ENAM SETENGAH...... [ BICARA ]

Assalammualaikum

Ini Kuda Putih

Jika anda melihat gambar di atas, mungkin anda teringat satu iklan di televisyen ketika dulu... Ya, di mana di satu tempat pembidaan barang antik... dia telah mendapat satu mesej dari pusat yang menyatakan bahawa di dalamnya satu benda itu terdapat cip komputer yang amat berharga. Dia seterusnya mendapat mesej untuk membida cip tersebut dengan harga RM6.5juta. Tidak semena-mena dia terus menyebut "Enam Setengah.... Enam Setengah.....". Seterusnya pembida terus beritahu kepadanya dengan menyebut "Kuda Hitam!!!!".. Hahahahahaha.....

Gambar di atas hanyalah gambar hiasan saja. Gambar ini admin dapat daripada sebuah kedai kawan admin, yang mendapat tempahan untuk membuat kuda ini dari polistrena sempena Tahun Baharu Cina.... Admin tanpa berlengah-lengah terus mengambil gambar ini...

Di sini, admin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua Warga Debak dan seterusnya kalian semua. Semoga Tahun ini kita akan mendapat rezeki yang melimpah ruah sempena Tahun Kuda......

Admin ~ Enam Setengah.... Enam Setengah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, 11 January 2014

[ SEMASA ] BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS PADA 11 HINGGA 12 JANUARI [ ELEKTRIK ]

Menurut Page Debak95500, Adalah dimaklumkan bahawa bekalan elektrik untuk kawasan Debak akan terputus dari 11 Januari 2014 hingga 12 Januari 2014 menurut WaiFM tadi..

Harap Maklum.

SIK DO MENO LAIN UPO MENO HITO TUK....

[ BAHASA ] SIK DO MENO LAIN UPO MENO HITO TUK [PANAS]

Assalammualaikum...

Mungkin ada sesetengah orang tidak memahami tajuk pos ini yang merupakan salah satu Bahasa Sarawak iaitu Dialek Melayu Saribas - Debak. Maksudnya dalam Bahasa Melayu, "Tiada Tempat Lain Macam Tempat Kita Ini".

Dan Mengapa Admin tidak menyatakan Bahasa Melayu Sarawak? Kerana kita sering menyatakan bahawa setiap negeri ada bahasanya tersendiri.

Tetapi apa yang amat ditekankan Admin disini adalah mengapa Orang Semenanjung selalu mengata, mengeji dan mencerca tentang keadaan Negeri Sarawak (Maaflah, bukan niat Admin nak menunjukkan sikap kenegerian disini). Bukan semua Orang Semenanjung seperti itu, hanya segelintir sahaja yang bersikap "kenegerian" ini. DIINGATKAN - hanya SEGELINTIR sahaja... bukan SEMUA....

Disini, admin akan menghuraikan tentang perkara ini. Tetapi Admin berharap agar tiada yang salah faham. Admin mohon pembaca supaya memandang perkara ini dari sudut positif.

Soalan (S): Kenapa Sarawak tak pakai LRT (Light Railway Transit)
Jawapan (J): sebab kalau pakai LRT tidak juga digunakan sebab majoriti orang-orang Sarawak majoriti memakai Kereta /Motosikal. Kurang-kurang pun pakai Viva. apa lagi nak pakai LRT... tak percaya? boleh tengok kat kampung-kampung di Sarawak. Majoritinya setiap rumah mempunyai sebijik kereta. Lagi... tengok kat trafik light di Sarawak... penuh dengan kereta kan?

(S): Kenapa Sarawak tiada Shopping Complex besar-besar macam Times Square, 1Utama, Sunway Piramid?
(J): sebab orang nak melancong ke Sarawak nak tengok Hutan, panjat gunung, nak tengok ORG UTAN, dan banyak lagi, bukan nak tengok bangunan-bangunan. Kalau nak tengok, lebih baik diorang tengok kat tempat diorang. Tempat diorang lagi POWER-POWER punya bangunan.

(S): Betul ke Orang Sarawak tinggal atas pokok?
(J): BETUL!!!!! tapi itu bukan orang... tapi ORANG UTAN... bulu ORANG UTAN coklat jingga perang, bulu manusia warna hitam.. mesti tahu nak beza.... jangan jadi orang tak de otak nak bezakan benda tu..!!!...

(S):SARAWAK ada Highway?
(J): OMG.....OMG....OMG.... mesti jalan jem.... bagus la tiada highway... NO HIGHWAY NO TOL....tak de la kami nak bazir duit semata-mata nak lalu jalan.... duit tol pergi kerja RM1.20. Try kumpul dalam masa sebulan dapatlah dalam RM72 dah boleh bayar ASTRO....Ada Highway kat sana pun jem jugak... sia-sia lah bayar tol... WHO SMARTEST? hahahahaha

(S): Dengar-dengar SARAWAK selalu BLACK OUT?
(J): YA!!!!!! tak jugak kami jakun nak celebrate EARTH HOUR setiap 31 Mac tiap-tiap tahun sebab kadang-kadang selalu black out... bagus juga jimat duit hujung bulan... (ayat tambah untuk DEBAK) sebab itu lah keluarnya slogan "SIK DO MENO LAIN UPO MENO KITO TUK".... ko ada?

(S): apa yang bagus sangat SARAWAK yang kau bangga-banggakan sangat?
(J): memang Sarawak kuno.. tak ada apa-apa.... Tak da Highway.... KLCC... Menara KL.... Sunway Lagoon... tetapi kami ada KAMPUNG BUDAYA... yang melambangkan kepelbagaian kaum di SARAWAK... yang kaumnya hidup bersatu padu walaupun berbeza adat kepercayaan.... kami tak bangga pun nak ada bangunan sebab hasil petroleum..., sawit, getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni yang dijadikan MODAL untuk membangunan bangunan disana.....(ayat untuk orang DEBAK)kami ada slogan "SIK DO MENO LAIN UPO MENO KITO TUK"... lu ada ke bro?

P/S: untuk apa kita berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil dari usaha orang lain. Proud to Be SARAWAKIAN.....

sumber: Wechat Admin.....

Ini bukan niat admin nak merencanakan artikel ini bagi tujuan yang negatif sehingga mendatangkan pemikiran yang tidak senang dikalangan orang sana...

Kalau ada terasa tu, mintak maaf banyak2 ye.....

Admin ~ Black Out jap tadi... tu yang lambat nak publish artikel ni.....

Friday, 10 January 2014

[ SUKAN ] TIDAK SABAR UNTUK BERAKSI - JUNIOR ELDSTAL

Sumber - KOSMO

Nampaknya Bintang Sensasi Bola Sepak Sarawak - Junior Eldstal tidak sabar untuk beraksi membantu Sarawak mencipta kemenangan dalam Liga Super. Beliau yang mengalami kecedaraan tidak beraksi semasa Kempen Sukan SEA di Myanmar kini mula berlatih tetapi membuat latihan secara ringan sahaja.

"Saya baru mula berlatih baru-baru ini dan masih terasa sakitnya, saya berusaha untuk cepat pulih. Keadaan saya tidak pulih sepenuhnya sehingga Februari ini dan ini amat mengecewakan, tetapi saya yakin kecergasan saya akan pulih selepas itu dan saya tidak sabar untuk melalui musim membanggakan bersama Sarawak" katanya di Kuching, semalam.

Eldstal yang mempunyai darah kacukan Malaysia(Sabah)-Sweden ini amat berharap agar dapat kembali semula bersama Skuad Bujang Senang dan dapat memberi sumbangan kepada Sarawak musim ini.

Bakat Luar Biasa Eldstal ini mendapat perhatian ramai peminat Bola Sepak khususnya peminat Bola Sepak Negeri Bumi Kenyalang (GB13) sehingga menarik perhatian jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu, Datuk K. Rajagopal, dan Pengendali Skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee.

Beliau pernah diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menetang Chelsea dan Piala Merdeka sehingga mendapat pujian ramai.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Sarawak, David Usop berkata Eldstal baru sahaja menjalani latihan ringan dan setakat ini belum pasti sama ada dia cukup cergas untuk diturunkan untuk menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari nanti.

Eldstal yang mempunyai darah Kadazandusun Sabah (Ibu) dan Sweden (Bapa).

Untuk musim ini, Sarawak mendapat khidmat 3 pemain import iaitu Gabor Gyepes (Hungary), Alireza Abbasfard (Iran) dan Molirad Janjus(Serbia).

admin - semoga cepat sembuh, Eldstal..

[ UTAMA ] DIGUNAKAN SEMULA - ADMIN

Assalammualaikum...

Blog ini digunakan semula untuk berita-berita untuk Debak, cuma diubah semula namaya sebagai SaribasPostOnline.

Untuk Dominan debaksaribas.net, ianya telah ditutup disebabkan kekangan kos. Oleh itu, blog ini digunakan sebagai pos utama bagi SaribasPostOnline.

Harap Maklum.

Admin